Minggu, 28 Oktober 2012

20 Larangan ketika melakukan hubungan seks di dalam Islam

Berhubungan berjimak suami istri harus
dilakukan penuh adab dan ada waktu-
waktu yang dibolehkan dan ada waktu
– waktu yang dilarang untuk melakukan
hubungan jimak suami istri. Hal ini
disebabkan karena dalam Islam
hubungan suami istri adalah ibadah
dan bernilai pahala.
Adapun Hadis Rasululah saw mengenai
waktu waktu yang dilarang untuk
berjimak iaitu:
1. “Wahai Ali..! janganlah engkau
berjima’ dengan isterimu pada awal
(hari pertama) bulan, pada
pertengahannya (sehari) dan pada
akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka
sesungguhnya penyakit gila, gila babi
dan sopak mudah mengenainya dan
anaknya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’
dengan isterimu selepas zuhor,
sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua
anak kerana jima’ pada waktu itu, maka
ia akan bermata juling dan syaitan
sangat suka kepada manusia yang
bermata juling.”
3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-
cakap semasa jima’, sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak dengan jima’ yang
demikian, maka anak itu tidak selamat
daripada bisu.”
4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’
dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka
sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu
berdua anak, anak itu akan menjadi
pondan yang bersifat benci dan hina.”
5. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di
tempat tidur, janganlah membaca Al-
Quran, maka sesungguhnya aku
bimbang akan turun kepada kamu
berdua api (bala) dari langit yang
membakar kamu berdua.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’
dengan isterimu kecuali ada padamu
satu tuala dan pada isterimu satu
tuala.”
7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua
menyapu dengan menggunakan satu
tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas
syahwat (salah seorang akan kuat
syahwatnya daripada yang lagi satu),
maka sesungguhnya yang demikian itu
akan mengakibatkan permusuhan
kemudian membawa kamu berdua
kepada berpecah dan talak.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’
dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri
(Raya Puasa), maka sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak anak itu seorang yang
cacat dan tidak mendapat anak baginya
kecuali sudah tua.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’
dengan isterimu pada malam ‘Aidil
Adha, maka sesungguhnya jika kamu
berdua berjima’ pada malam tersebut,
apabila Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak aku
bimbang ia akan menjadi seorang yang
berjari enam atau empat.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu di bawah
cahaya matahari (secara langsung –
direct) dan terkena warna (cahayanya),
kecuali kamu mengenakan tutupan
(bumbung), jika tidak maka
sesungguhnya kalau Allah
mengurniakan kepada kamu berdua
anak, nanti anak itu akan menjadi
seorang sentiasa hidup dalam
meminta-minta dan faqir sehingga
mati.”
11. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu di bawah
pohon kayu yang berbuah, maka
sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi seorang tukang
gojo, tukang sebat atau seorang ketua
yang bengis,”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu sewaktu
antara azan dan iqomah, jika berjima’
pada waktu demikian, sesungguhnya
jika Allah mengurniakan anak pada
kamu berdua, nanti ia menjadi seorang
yang menumpahkan darah.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu semasa ia
hamil kecuali kamu berdua berwudhu’,
jika tidak maka sesungguhnya jika Allah
s.w.t. mengurniakan kamu berdua
anak, nanti ia akan menjadi seorang
yang buta hati dan bakhil tangan.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu pada
pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka
sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua
anak,nanti anak itu akan mempunyai
tanda yang jelek pada muka dan
rambutnya.”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu pada akhir
bulan (yakni tinggal dua hari) maka
sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak nanti anak tersebut
menjadi seorang yang sentiasa perlu
meminta-minta. “
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu dengan
syahwat terhadap saudara
perempuannya ! (ipar kamu) kerana
yang demikian itu sesungguhnya kalau
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, nanti anak itu akan
menjadi penolong dan pembantu
kepada orang yang zalim dan pada
tangannya membuat kebinasaan
kepada manusia.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu di atas loteng
maka sesungguhnya yang demikian itu
jika Allah s.w.t. mengurniakan anak
kepada kamu berdua nanti anak itu
menjadi seorang munafiq, pelampau
yang melewati batas.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu pada malam
kamu hendak keluar musafir kerana
yang demikian itu sesungguhnya kalau
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, ia akan membelanjakan
harta kepada yang tidak Haq,” dan
Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-
Quran : “Innal Mubazziriina kaanu –
ikhwan Nas – Syayathin.”
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu bila kamu
keluar bermusafir dalam tempoh tiga
hari tiga malam, maka yang demikian
itu sesungguhnya bila Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua
anak, nanti ia menjadi seorang
pembantu kepada setiap orang yang
zalim.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu pada awal
malam, maka sesungguhnya jika
dikurniakan anak kepada kamu berdua,
ia menjadi seorang tukang sihir,
sunglap, dan menghendaki dunia
daripada akhirat.”
Sumber:
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI
SEBAGAIMANA AKU TELAH
MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”..1*
(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-
Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms
174.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar